Monday, December 17, 2007

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilahbacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malahkita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkannama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidakberhati-hati.Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepadamataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami memintapertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpahenti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betuliaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kitabersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapatrahmatNya,Insya-Allah.

wassalam.

Sunday, December 16, 2007


SURAT UNTUK “DIA”
Wahai para wanita yang bergelar mu’minah solehah!!
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata. Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau
cubamenegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen. Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di
medanyang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga… Wassalam…

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)
37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
39) " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
41) Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan
42) " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
44) " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)
47) " Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali)
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
49) " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

CinTa HaKiKi...

cinta hakiki BERCINTA-cinta adalah realiti alam remaja. Tidak sah sekiranya tidak dibuai keasyikan. Cinta pandang pertama, cinta monyet dan sebagainya adalah asam garam remaja. Apabila sudah bercinta mulalah merindu dan jika sudah rindu mula terkena penyakit angau. Makan tidak lalu, tidur tidak lena, mandi tidak basah, rambut tidak disyampu, gigi tidak digosok dan sindrom lain lagi. Untuk dapat cinta manusia itu, lalu berusahalah remaja dengan apa cara di mana-mana, tidak kira masa, yang penting sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta. Kita hanya bergelut dan bergulit mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta. Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan. Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat. Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan kepada remaja dan pembaca sekalian, diperjelaskan di sini beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Seba-b kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan Khaliknya. Dalam hadis Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya.” Kemudian dalam keterangan lain al-Rasul menjelaskan: “Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak.” Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati. Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran. Hafal lagu Hindustan lancar dan ‘cair’ takkanlah al-Fatihah ‘berkeretot’ bunyinya. Sebenarnya hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan membaca al-Quran.

Cuba lihat seorang sahabat bernama Ubay pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis. Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab; “ayat kursi”. Banyakkanlah membaca ayat ini.

- Hendak dapat cinta Allah ialah dengan solat malam (qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam. Tapi bukan untuk solat, hanya untuk yang lain, tengok bola, tonton filem, berborak, lepak-lepak dan sebagainya. Sebenarnya untuk qiyamullail tidak semestinya bangun jam tiga atau empat pagi. Sekadar dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai atau ketika tonton bola, berhenti sekejap ketika rehat perlawanan lalu berwuduk dan solatlah dua rakaat - termasuk qiyamullail. Jika hendak lakukan qiyamullail antara caranya ialah: a. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa. b. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam. c. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun qiyamullail memang tidak jadi. d. Tidur sekejap waktu tengah hari.

- Hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang dicipta Allah. Kejadian langit yang tiada bertiang dan tiada penyangkut bagaimana Allah tegakkannya. Allah sembunyikan malam serta datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita. Allah besarkan kita, remajakan dan tuakan kita, kemudian daripada adanya kita kepada tiada. Pokok Allah tumbuh nampak sama tetapi tidak serupa. Buah rambutan nampak serupa tapi tidak sama. Semua ini akan mendekatkan kita dengan Pencipta. Rasa lemah dan kerdilnya diri dan rasa agungnya Allah. Lalu kita cinta Allah. Jika kita mula cinta Allah maka Allah akan membalas cinta kita.

wanita solehah...

Tahukah anda bagaimana ciri-ciriwanita solehah?

Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhaiALLAH. Wanita yang menyejukkan hatimata yang memandang. Bisa menginsafkandan menundukkan nafsu mereka yangberhati goyah.(Cerita ini diubahsuai semulaberdasarkan saranan dan hukum Al-Quran& Hadis)
Marilah kita bersama-sama perhatikansekelumit kisah ringkas berikut...
Seorang gadis kecil bertanya kepadaayahnya, "Ayah ceritakanlah padakuperihal muslimah yang sejati?"Si ayah pun menolehkan mukanya serayamelontarkan senyuman manisnya ke arahanak kecilnya itu."Anakku...Seorang muslimah yang sejatibukanlah dilihat dari kecantikan dankeayuan paras wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yangteramat kecil sahaja. Tetapi, muslimahyang sejati dilihat dari kecantikandan ketulusan hatinya yangtersembunyi. Itulah yang terbaik."Allah tidak melihat kepada tubuhkalian dan tidak pula kepada bentukkalian. Allah hanya melihat kepadahati dan perbuatan kalian. (Hadisriwayat Muslim)Si ayah terus menyambung."Muslimah sejati juga tidak dilihatdari bentuk tubuh badannya yangmempersonakan, tetapi dilihat darisejauh mana ia menutupi bentuktubuhnya yang mempersona itu. Muslimahsejati bukanlah dilihat dari sebanyakmanakah kebaikan yang diberikannya,tetapi dari keikhlasan ketika iamemberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dariseberapa indah lantunan suaranya,tetapi dilihat dari apa yang seringmulutnya bicarakan. Muslimah sejatibukan dilihat dari keahliannyaberbahasa, tetapi dilihat daribagaimana caranya ia berbicara danberhujjah kebenaran.
"Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur,Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha,Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:Seseorang wanita Islam hanya bolehmendedahkan wajah, dua tapak tangandan cincinnya di hadapan lelaki yangbukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawadi dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)"Janganlah perempuan-perempuan ituterlalu lunak dalam berbicara sehinggaberkeinginan (menghairahkan) orangyang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataanyang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)
Si ayah diam sejenak sambil melihatkepada wajah manis puteri kecilnya itu."Lantas apa lagi ayah?" Sahut puterikecil terus ingin tahu."Ketahuilah wahai puteriku... Muslimahsejati bukan dilihat darikeberaniannya dalam berpakaian grandtetapi dilihat dari sejauh mana iaberani mempertahankan kehormatannyamelalui apa yang dipakainya. Muslimahsejati bukan dilihat darikekhuwatirannya digoda orang di tepijalanan tetapi dilihat darikekhuwatiran dirinyalah yangmengundang orang lain jadi tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dariseberapa banyak dan besarnya ujianyang ia jalani tetapi dilihat darisejauh mana ia menghadapi ujian itudengan penuh rasa redha dan kehambaankepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasabersyukur dengan segala kurniaan yangdiberikan.""Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah merekamenundukkan pandangan mereka danmenjaga kemaluan mereka (tidak berzinaatau mendekati zina)."
(Surah An-Nuur : 31)"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejatibukanlah dilihat dari sifat mesranyadalam bergaul, tetapi dilihat darisejauh mana ia mampu menjagakehormatan dirinya dalam bergaul.""Sesungguhnya kepala yang ditusukdengan besi itu lebih baik daripadamenyentuh kaum yang bukan sejenis yangtidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)Setelah itu si anak kembalibertanya, "Siapakah yang memilikikriteria seperti itu ayah? Bolehkahsaya menjadi sepertinya? Mampukah danlayakkah saya ayah?"Si ayah memberikannya sebuah buku danberkata, "Pelajarilah mereka! Supayakamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamujuga boleh menjadi muslimah yangsejati dan wanita yang solehah kelak.Malah, semua wanita boleh."Si anak pun segera mengambil bukutersebut lalu terlihatlah sebarisperkataan berbunyi ISTERI RASULALLAHApabila seorang perempuan itusembahyang lima waktu, puasa di bulanRamadhan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurgadaripada pintu-pintu yang iakehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

alhamdulillah...

ari nie dah bleh check dpt tempat kat mana...
alhamdulillah dapat kat utim arau diploma sains...
syukran jazilan untuk sahabat2 yg telah mendoakan ana selama ini...

wanita ibarat rama-rama....

Wanita Ibarat Rama-rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabilapandangankita dihiasi rama-rama, kita menjadisuka danceria. Hampir semua orang akan tersenyummelihat rama-rama. Ia mengindahkan alam danmenyempurnakan sekuntum bunga. Seindah manapun bunga tanpa rama-rama mahu hinggapdi situ,tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itudengan sayapnya. Lihat apa yang melekatdi jarianda warna dan corak rama-rama itu telahberpindah ke jari-jari anda. Kemudianlepaskankembali, ia terbang tapi lebih terbuaioleh angin.Siapa pun yang akan menangkapnya kembalitidak tertarik padanya lagi. Harganyatelah tiadauntuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untukdipegangtetapi nilainya cepat turun setiap kaliada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap padatubuhnya.Memang fizikalnya tiada apa-apa yangkurang, tapiharga diri dan maruah telah mula tercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yangterbang membawa corak-corak indah, apabilacorak-corak itu telah pudar ia tidakdipedulikanlagi. Harga rama-rama terletak padawarna dancoraknya; harga wanita terletak pada apakahtubuhnya masih tulen tatkala diadidampingi olehsuaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakanhidupnya. Dia terpaksa membebaskan diridaripada kepompong. Bukan mudah untuk keluardaripada kepompong yang mengikat itu.Sedangkan sepanjang berada di dalamkepompong tiada siapa pedulikannya, malahtatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnyabertukar menjadi sesuatu yang amatmenyenangkan.

Rama-rama adalah contohterbaikwanita untuk sedar betapa bernilainyakehidupanmereka. Sewaktu anda dipuja, usahterlalu mabuksebaliknya kenang-kenang kehidupan serbasusahsebelum itu. Sewaktu anda digoda,dihambat dandirayu usah terlalu mudah menyerah sebabingatlah mereka yang bersusah payahmemastikan anda dapat bangkit sebagaimanusiasempurna hari ini. Anda tidak munculsendiri,sebaliknya anda adalah lambangpengorbanan ibubapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkaigambar indah dipandang tetapi diri sendirimenanggung beban. Hiduplah dengan bebas danterjemahkan kebebasan itu kepadanilai-nilai murniyang perlu dipertahankan. Hak anda ialahmemelihara kehormatan. Selama mana andamemelihara kehormatan dan maruah diri andaberada pada terbaik, sebaik sahaja andatidakpeduli kepada siapa maruah itu hendakdiberikan,anda sudah kehilangan masa depan.Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dansentiasamemukau penglihatan manusia, dia tentu tidakmudah-mudah terbang ke sana sini. Sebabsetiapkali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasaterdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidakpernah tahu dia itu indah dan sentiasamenjadisasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahukewanitaan anda itu adalah sasaranterpentingsang penceroboh, anda ibarat rama-rama yangtidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar andadimiliki semakin mahal nilai anda disisi lelaki.Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memilikitetapi tidak mahu setia apalagimemelihara danmelindungi anda.Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanyaakan meleraikan warna-warna anda.Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilahwanitaangun yang punya nilai dan maruah diri,anda akanlebih dihormati.Nilai anda bukan terletak pada beraparamai lelakiyang ingin memiliki anda tetapi beraparamai yangbenar-benar sanggup menyintai anda.Cinta ituterjemahan pada kasih sayang dan belaiansayangpenuh ikhlas. Selama mana anda belummenemuinya anggaplah diri anda masih berhakterbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,jadilah wanita yang membanggakan semuaorang
aurat BELUM SEMPURNA berbaju ketat..


baru2 ni anan ada terbaca kat metro satu artikel nih.."walaupun bertudung, memakai seluar dan baju ketat dengan menampakkan susuk tubuh tidak dianggap menutup aurat dengan sempurna..AlQuran menggariskan panduan kepada wanita Islam seperti berikut::*katakan kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yg haram dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengna tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka,....." surah An-Nur ayat 31

sama2lah kita renungi...supaya tidak tergolong dalam golongan yg sesat...
artikel ni ana baca dlm blog sahabat ana...
" jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan janga nengkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

WANITA ANANAH: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

WANITA MANANAH: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".

WANITA HANANAH: menyatakan kasih sayngnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain.

WANITA HADAQAH: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki baqrang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

WANITA BARAqah: ada 2 makna,pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

WANITA SYADAQAH: banyak cakap tidak menentu lagi bising

Dicatatkan oleh IMAM AL-GHAZALI
"ingatlah,sesungguhnya kepunyaan Allah apaa yang ada di langit dan di bumi . ingatlah,sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui".(surah Yunus:ayat 55)

istimewanya wanita...

istimewanya wanita
Artikel : Istimewanya WanitaMay 7th, 2006 at 7:43 pm (Artikel, Kisah Islami) Kaum feminis bilang susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini :1.Wanita auratnya lebih banyak & susah dijaga dibanding lelaki. 2.Wanita wajib meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 3.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4.Wanita menerima pusaka/warisan kurang dari lelaki. 5.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 6.Wanita wajib selalu taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu selalu taat pd isterinya. 7.Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 8.Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas sedangkan lelaki 100% waktunya dpt dipakai beribadah pada lelaki. makanya mereka nggak capek-capeknya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM”Pernahkah kita berpikir sebaliknya (kenyataannya)??Benda yg mahal harganya pasti susah didapatkan dan akan selalu dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?Itulah makanya, wanita baik2 pasti wanita yg dijaga baik2 pula, bukan wanita yg banyak berserakan dan mudah ditemukan.Wanita wajib taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. wanita hanya bertanggung jawab atas dirinya sendiri.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Sedang Lelaki ??? siapa mau menanggung ???Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.Masya ALLAH … demikian sayangnya ALLAH pada wanita …. kan?Berbahagialah wahai kaum wanita…

kisah zinnirah...

Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupankeluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketikaberlaku satu peperangan besar di Rome,Zinnirah terpisah daripada keluarganyalalu menjadi tawanan perang. Sejak itudia dijual sebagai hamba dan seringbertukar tangan. Sepanjang menjadihamba abdi, Zinnirah dilayan dengankasar dan adakalanya diperlakukanseperti binatang oleh tuannya.Suatu hari Zinnirah berkenalan denganseorang hamba yang senasib dengannya.Perkenalan itu akhirnya membawa NurIslam dalam diri Zinnirah kerana hambaitu menerangkan ajaran yangdisampaikan oleh Rasulullah.Penerangan yang tulus itu membuka hatiZinnirah untuk memeluk Islam. Namun,dia terpaksa melakukan ibadat secararahsia kerana tuannya memusuhi Islam.Nasibnya lebih malangapabila dia bertukar tangan kepadabangsawan Quraisy yang sangatberpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab.Ketika itu, Umar belum memeluk Islamdan juga tidak mengetahui keIslamanZinnirah. Umar yang sangat memusuhiRasulullah terkenal dengan bengis dankasarnya sehingga digeruni, baik lawanmaupun kawan. Akhirnya, Umarmengetahui mengenai keIslaman Zinnirahapabila suatu hari dia mendengar gadisitu membaca al-Quran. Ini menimbulkankemarahan Umar yang mahu menghukumnyadengan siksaan berat."Tahukah kamu apahukuman yang layak untukmu?" TanyaUmar keras dengan wajah bak singasambil mengheret Zinnirah ke tengahpadang pasir. Di situ, Umar mengikatkhaki dan tangan Zinnirah danmenjemurnya di tengah panasterik. "Inilah caranya supaya kamuinsaf," katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ. Walaupun mukanyaperit dipanah matahari dan kehausan,Zinnirah tabah menghadapi penderitaanitu sambil mulutnya tidak berhentimembisikkan Allah.. Allah...Apabila melihat hambaabdinya belum insaf, Umar menyeretnyake pinggir kota dan mengikatnya ditiang. Dia menyuruh orang mengorekmata Zinnirah sehingga buta. Walaupundarah bercucuran daripada matanya dandia diejek oleh orang kafir Quraisyyang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak lunturmalah mampu berkata, "Sekalipun akudibunuh, kepercayaanku masih tetappada Allah yang Esa."Penderitaannya ituakhirnya sampai ke pengetahuan AbuBakar as-Siddiq yang membeli Zinnirahdengan harga tinggi. Sejak itu, diatekun beribadat dan dengan kurniaAllah, kedua-dua matanya yang buta itubercahaya semula. Peristiwa yangmengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.

Tuesday, December 11, 2007

result dah keluar....

hari sabtu lepas,result bagi penuntut uitm seluruh malaysia dapat diketahui...termasuk la diri ana ni....takut sngt nk check sebenarnya...
alhamdulillah result ana melayakkan ana utk smbung ke diploma...lega sngt rasanya...ni semua berkat doa sahabat2 ana antaranya naurah...thanks naurah....juga doa kedua ibu bapaku...trima kasih abah n mama...terima kasih kepada semua rakan2 yg telah ng nasihat untuk diri ana ni....

9th day(29.11.2007)

selamat tinggal tokyo...semoga kita berjumpa lagi...ni kat narita airport...bertolak blik pukul 10:30 pagi....
kat sini dpt ana simpulkan bahawa tokyo memang tempat yg ptt org islam lawati...akhlak islam ada kat rakyat tokyo...depa ni bnyk bersabar,rajin,bersih dan bertanggungjawab...kalau brg kita tercicir di mana2 mesti akan dapat blik....yg ana kata diorng ni pembersih sebab diorang xbuang smpah merata2...kalau yg bw lori pulak,lori diorang semuanya bersih...peraturannya ialah kalau pegi antar brg mesti basuh lori,kalau nk blik pun mcm tu jugak...sebab tu la bersih sngt...bagi yg hisap rokok ada tempat tertentu...diorang akan hisap kat situ laa...xkan pegi kat tempat lain...lagi satu diorang ni memang akan ikut betul peraturan yg ditetapkan...
begitu lah sikap dah akhlak rakyat negara matahari terbit tu...xdpt nk dinafikan...cuma diorang xada iman saja....



nk berangkat pulang dah ni...terima kasih bnyk p.cik wan,m.cik siti,nabila n mukhriz di atas layanan anda sekeluarga...best sngt dpt pi tokyo...xlupa la kepada p.cik wan sekeluarga...

8th day(28.11.2007)

ni kat oriental bazaar...mama beli bnyk pinggan mangkuk ngelas kat sini...murah la jugak..harga standard..view kat sini pun cantik..tu yg ambil gambar...hehe


the last day kat tokyo....

jalan2 kat taman tu lagi...kali ni view makin cantik...daun2 dah mula kunig n nk mula gugur dah pun...cantik sngt ciptaan ALLAH ni...subhanallah...

main tabur2 daun..hehehe...

Monday, December 10, 2007

7th day(27.11.2007)

ni dekat shibuya..ramai gler org kat sini...kereta xleh lalu just pejalan kaki ja...ramai sngt2 org kat sini..kalau xpegng tangan elok2 sure sesat punya laa...
cantikkan perempuan yg pakai kimono tu???kalau kimonoyg betul2 asli dibuat drpd sutera..harga kimono tu bleh beli 1 apartment kat malaysia...huhuhu...bleh bygkan harganya??

ASAKUSA...tempat jual mcm souviniers...ana wa usrati beli souviniers kat sini laa...nk kata murah tu bleh laa...standard harga kat jepun laa..kalau nk dibandingkan dgm riggit malaysia maknanya xbeli apa pun la kat sana...hehehe...


6th day(26.11.2007)




ari nie pegi mount fuji....tengok dari jauh nmpk cantik kan??ini lah ciptaan ALLAH...tiada tandingan...cantik sngt..udara pun nyaman...

dapat main salji jugak...hehe...satu perkara yg dah lama nk buat...dpt jugak...alhamdulillah...

5th day (25.11.2007)







TOKYO DISNEYLAND




ari ni dpt jugak pi disneyland...ramai sungguh org kat sana...mcm2 ada...tempat bersih sangat...mcm2 show ada...plg best character disney show laa...profesional show...bila waktu mlm ada show yg lampu2...cantik jugak...ana bleh puji org jepun sebab diorng bersih sngt...xda sampah langsung...lagi satu yg bleh di puji ialah diorng ni xkan potong barisan...nk naik sesuatu permainan kena beratur..tp diorng xkan potong q..baik yg muda,budak kecik mahu pun org tua..tetap sabar menunggu...

4rd day(24.11.2007)


ni harajuku girlz...pelik x??baju diorang mahal o0o0o....huhu...ada ramai lagi kat situ...tapi yg ni paling lawa..sebab tu ambil gmbar ngan diorang...tapi kena minta izin dulu..nanti diorang marah n nmpk xsopan...
ni kat hard rock cafe...beli baju n keychain kat abg...
ni di tokyo tower...xnaik pun sebb ramai org...lagi pun dah lewat..tapi org masih ramai lagi...meriah gak kat situ..mcm pesta..






ari ni sepatutnyr pegi disneyland...bila smpai kat sna ticket dah sold out..xdak rezeki laa..so kitaorg gi harajuku...gmbr kat sebelah ni la harajuku..ramai kan org...tempat teenagers laa...ada mcm2 jual kat sna..tp xsempat beli sbb kejap jaa...huhu...

another memory....







3rd day(23.11.2007)




pagi nie pi jalan2 kat tamn2 dekat umah ja...the scenery at the park is so beautiful..keadaan nyaman sebab sejuk...hehe...bnyk sangat permandangan yg menrik di sana


ptg plak pegi odaiba...cantik..menarik...org pun ramai....bila mlm lagi cantik...permandangan bertentangan dgn rainbow bridge...cantik sngt...


trip to japan....



my parents bring me to japan....




1st day(21.11.2007)


pukul 6 bertolak dari umah ke penang...naik flight ke KL PKUL 10 mlm...sampai kat KL pkul 11 mlm...penat jugak walaupun bkn ana yg bw plane...hehehe...


tid0 umah paksu mlm tu kat nilai,nogori sembilan...dekat ja dgn KLIA....




2nd day(22.11.2007)


bangun pagi pkul 6:30 dah pun...mandi n solat subuh...flight ke tokyo pkul 11 pagi...tapi kena ada kat airport sejam atau dua jam lebih awai...smpai kat KLIA pkul 9;30 pg...dah abih check in pi la jln2 kat KLIA tu..boring laa tunggu lama2...suddenly.flight delayed plak ke pkul 12...


bertambah boring la diriku ini...


tapi kat sana bleh online...KLIA dah moden...online free jaa...apa lagi,ana pun check frenster,buka email n mcm2 lagi laa...


dalam fikiran ana ada satu kemushkilan...mcm mana nk solat nanti???ana pun tnya naurah...solat ja atas flight tu tanda hormat waktu...then,smpai sana baru la solat secara sempurna...hmmm....kapal terbang yg ditunggu sudah tiba...bestnya!!xsabar nk tiba di negara matahari terbit tu....


flight menganbil masa selama 7 jam setengah...ahhh!!boringnya...tapi,rupanya xborink pun...bleh dengar lagu,tengok filem atas tu..huhuhu...

alhamdulillah smpai di narita airport pkul7 mlm...kat sana.pkul 5 dah gelap...pkul 4:30 msuk maghrib...emmm...cepat...pkul 7 dah msuk isya'....huhu...pakcik wan(kwn abah yg keja kat kedutaan malaysia) dah tunggu kat pintu keluar...keluar2 ja dari airport.angin sejuk bertiup..sejuk 0o0o...xtahan laa...cepat2 masuk kereta..hhuhu...


samapi kat umah pakcik wan family diorang jamu nasik pulak..mkn la walau pun mata dah ngantuk sngat huhuhu..





berjaya!!

alhamdulillah...
berjaya jugak create blog nie...hehehe