Sunday, December 16, 2007

kisah zinnirah...

Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupankeluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketikaberlaku satu peperangan besar di Rome,Zinnirah terpisah daripada keluarganyalalu menjadi tawanan perang. Sejak itudia dijual sebagai hamba dan seringbertukar tangan. Sepanjang menjadihamba abdi, Zinnirah dilayan dengankasar dan adakalanya diperlakukanseperti binatang oleh tuannya.Suatu hari Zinnirah berkenalan denganseorang hamba yang senasib dengannya.Perkenalan itu akhirnya membawa NurIslam dalam diri Zinnirah kerana hambaitu menerangkan ajaran yangdisampaikan oleh Rasulullah.Penerangan yang tulus itu membuka hatiZinnirah untuk memeluk Islam. Namun,dia terpaksa melakukan ibadat secararahsia kerana tuannya memusuhi Islam.Nasibnya lebih malangapabila dia bertukar tangan kepadabangsawan Quraisy yang sangatberpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab.Ketika itu, Umar belum memeluk Islamdan juga tidak mengetahui keIslamanZinnirah. Umar yang sangat memusuhiRasulullah terkenal dengan bengis dankasarnya sehingga digeruni, baik lawanmaupun kawan. Akhirnya, Umarmengetahui mengenai keIslaman Zinnirahapabila suatu hari dia mendengar gadisitu membaca al-Quran. Ini menimbulkankemarahan Umar yang mahu menghukumnyadengan siksaan berat."Tahukah kamu apahukuman yang layak untukmu?" TanyaUmar keras dengan wajah bak singasambil mengheret Zinnirah ke tengahpadang pasir. Di situ, Umar mengikatkhaki dan tangan Zinnirah danmenjemurnya di tengah panasterik. "Inilah caranya supaya kamuinsaf," katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ. Walaupun mukanyaperit dipanah matahari dan kehausan,Zinnirah tabah menghadapi penderitaanitu sambil mulutnya tidak berhentimembisikkan Allah.. Allah...Apabila melihat hambaabdinya belum insaf, Umar menyeretnyake pinggir kota dan mengikatnya ditiang. Dia menyuruh orang mengorekmata Zinnirah sehingga buta. Walaupundarah bercucuran daripada matanya dandia diejek oleh orang kafir Quraisyyang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak lunturmalah mampu berkata, "Sekalipun akudibunuh, kepercayaanku masih tetappada Allah yang Esa."Penderitaannya ituakhirnya sampai ke pengetahuan AbuBakar as-Siddiq yang membeli Zinnirahdengan harga tinggi. Sejak itu, diatekun beribadat dan dengan kurniaAllah, kedua-dua matanya yang buta itubercahaya semula. Peristiwa yangmengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.

1 comment:

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

owh terime kasih laa... dah lame saye dok cari cerita zinnirah...nway, nice blog u have here...salam perkenalan...=)