Sunday, December 16, 2007

wanita ibarat rama-rama....

Wanita Ibarat Rama-rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabilapandangankita dihiasi rama-rama, kita menjadisuka danceria. Hampir semua orang akan tersenyummelihat rama-rama. Ia mengindahkan alam danmenyempurnakan sekuntum bunga. Seindah manapun bunga tanpa rama-rama mahu hinggapdi situ,tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itudengan sayapnya. Lihat apa yang melekatdi jarianda warna dan corak rama-rama itu telahberpindah ke jari-jari anda. Kemudianlepaskankembali, ia terbang tapi lebih terbuaioleh angin.Siapa pun yang akan menangkapnya kembalitidak tertarik padanya lagi. Harganyatelah tiadauntuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untukdipegangtetapi nilainya cepat turun setiap kaliada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap padatubuhnya.Memang fizikalnya tiada apa-apa yangkurang, tapiharga diri dan maruah telah mula tercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yangterbang membawa corak-corak indah, apabilacorak-corak itu telah pudar ia tidakdipedulikanlagi. Harga rama-rama terletak padawarna dancoraknya; harga wanita terletak pada apakahtubuhnya masih tulen tatkala diadidampingi olehsuaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakanhidupnya. Dia terpaksa membebaskan diridaripada kepompong. Bukan mudah untuk keluardaripada kepompong yang mengikat itu.Sedangkan sepanjang berada di dalamkepompong tiada siapa pedulikannya, malahtatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnyabertukar menjadi sesuatu yang amatmenyenangkan.

Rama-rama adalah contohterbaikwanita untuk sedar betapa bernilainyakehidupanmereka. Sewaktu anda dipuja, usahterlalu mabuksebaliknya kenang-kenang kehidupan serbasusahsebelum itu. Sewaktu anda digoda,dihambat dandirayu usah terlalu mudah menyerah sebabingatlah mereka yang bersusah payahmemastikan anda dapat bangkit sebagaimanusiasempurna hari ini. Anda tidak munculsendiri,sebaliknya anda adalah lambangpengorbanan ibubapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkaigambar indah dipandang tetapi diri sendirimenanggung beban. Hiduplah dengan bebas danterjemahkan kebebasan itu kepadanilai-nilai murniyang perlu dipertahankan. Hak anda ialahmemelihara kehormatan. Selama mana andamemelihara kehormatan dan maruah diri andaberada pada terbaik, sebaik sahaja andatidakpeduli kepada siapa maruah itu hendakdiberikan,anda sudah kehilangan masa depan.Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dansentiasamemukau penglihatan manusia, dia tentu tidakmudah-mudah terbang ke sana sini. Sebabsetiapkali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasaterdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidakpernah tahu dia itu indah dan sentiasamenjadisasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahukewanitaan anda itu adalah sasaranterpentingsang penceroboh, anda ibarat rama-rama yangtidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar andadimiliki semakin mahal nilai anda disisi lelaki.Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memilikitetapi tidak mahu setia apalagimemelihara danmelindungi anda.Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanyaakan meleraikan warna-warna anda.Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilahwanitaangun yang punya nilai dan maruah diri,anda akanlebih dihormati.Nilai anda bukan terletak pada beraparamai lelakiyang ingin memiliki anda tetapi beraparamai yangbenar-benar sanggup menyintai anda.Cinta ituterjemahan pada kasih sayang dan belaiansayangpenuh ikhlas. Selama mana anda belummenemuinya anggaplah diri anda masih berhakterbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,jadilah wanita yang membanggakan semuaorang

No comments: